KUCHING, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.
Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.
“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.
Selain itu mengulas mengenai laporan baru-baru ini yang menyatakan lebih daripada 1,000 doktor di negara ini meninggalkan kerjaya disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris, Adenan berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan membuktikan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.
“Apa yang paling teruk apabila seramai 45,000 graduan mengganggur tidak boleh mendapat pekerjaan yang betul kerana ketidakmampuan mereka untuk bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang baik.
“Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya.
Mana pande ko la nan Oooha..U,u.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNyak ya...encang CM encang....iboh ikut sidak ya...sampey bila kita akan jadi pak turut, sik kan bila jumpa Obama madah 'Awak dah makan?'. Kinek tok even mun nak join kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak mok assessment jak dah disuruh pengucapan Bahasa Inggeris, markah ya dikira oiii....iboh ya ujian kenaikan pangkat ada essay Bahasa Inggeris gik ko...haa...so kita Negeri yang ada keistimewaan dalam Perlembagaan Malaysia dan boleh mengguna Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam DUN, iboh peduli komen sidak sebelah nun, sesebuah negara maju kerana kita multi lingual, bahasa pertuturan bolehlah dibuat dalam bahasa melayu tetapai bahasa ilmu perlu rujukan Bahasa Inggeris. Sikkan dak engineer keluar dari UTM sik tauk gine nyebut 'nut' terpaksa diterjemah menjadi kacang....matiii kitaiii...
ReplyDeleteKacak Tok Nan... Encang sampey dapat..
ReplyDeleteSokong kesemua peratus!!bahasa inggeris smkin penting utk berkomunikasi di samping negara yg semakin berkembang maju!jangan kisah pandangan negatif dr pihak yg bersuara lantang d luar sana!!negara kita ..kemajuan kita..!!
ReplyDeleteKenapa tak bandingkan dengan jepun aja, di India rakyatnya mmg menguasai bahasa Inggeris tapi masih tiada pekerjaan, sama mcm negara kita, kalau pandai bahasa Inggeris sekalipun kalau pemimpin tak pandai jaga ekonomi negara tetap tiada pekerjaan.
ReplyDelete