5 November 2015

Gaduh: Lelaki ditampar jatuh parit kini koma

KUCHING: Berpunca daripada perselisihan faham menyebabkan seorang lelaki ditampar rakannya sehingga terjatuh ke dalam parit dan mengalami kecederaan di kepalanya kelmarin.

Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Sarikei itu bagaimanapun tidak berkesudahan di situ apabila mangsa yang berusia 38 tahun terpaksa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana masih koma.Menurut sumber, ibu mangsa memberitahu semasa kejadian mangsa bersama beberapa rakannya dipercayai minum minuman keras sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dan mangsa ditampar.

“Akibatnya, mangsa tercampak ke dalam parit dan kepalanya terhantuk pada simen sehingga menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibantu oleh rakan-rakannya dan dikejarkan ke hospital berdekatan namun terpaksa dirujuk ke HUS kerana masih belum sedarkan diri,” kata sumber.

Mangsa yang ditemani ibunya itu tiba di HUS sekitar pagi semalam untuk mendapatkan rawatan lanjut.Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa masih belum sedarkan diri dan menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Sumber: The Borneo Post

No comments:

Post a Comment