PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina memaklumkan telah menemui kepala warga Malaysia yang berasal dari Sarawak, Bernard Then yang dipenggal.
Ia disahkan Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin kepada akhbar The Star.
Katanya, kepala mangsa telah ditemui oleh tukang sapu dalam sebuah beg di sebatang jalan di Barangay Wall City di Jolo pada jam 8.30 malam waktu tempatan.
Ia diletakkan dalam sebuah guni dengan tulisan“Bernard Then Ted Fen”.
Mangsa yang sebelum ini diculik di sebuah restoran di Semporna, Sabah dipancung selepas tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi.
Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard.
Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang Selasa.
No comments:
Post a Comment