KUCHING : Sarawak bebas tol menjelang 1 January tahun depan dengan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahduddin di Kuching seperti mana yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini.
Menerangkan perkara tersebut kepada media Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem memberitahu tiada pampasan terlibat dalam rundingan tersebut.
Jelasnya syarikat tersebut prihatin dengan rakyat Sarawak dan bersetuju dengan cadangan tersebut.
Tambahnya pejabat plaza tol itu juga akan diambil alih untuk menempatkan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Sarawak yang berdekatan dengan loji sistem pengurusan air sisa secara bersepadu.
Beliau memberitahu demikian selepas penangguhan mesyuarat bagi penggal kelima, Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-17 di Kuching.
No comments:
Post a Comment