Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak sepakat memutuskan memberi mandat kepada kerajaan negeri untuk"mengambil semua langkah dan tindakan sewajarnya" memelihara hak dan kepentingan negeri itu dengan memastikan Putrajaya melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963.
Kesemua 61 Adun yang hadir hari ini, daripada keseluruhan 71 kerusi, menyatakan sokongan terhadap usul Menteri Pembangunan Tanah Tan Sri Dr James Masing yang menggesa kerajaan persekutuan melaksanakan perjanjian itu yang digubal ketika pembentukan Malaysia.
Artikel VII Perjanjian Malaysia menjanjikan hak negeri dilindungi melalui "semua saranan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) demi membangun dan melindungi kepentingan istimewa negeri dan rakyat Sarawak.
"Mandat hari ini memberikan kerajaan negeri kuasa berunding dengan Putrajaya bagi menyelarikan dasar persekutuan berkenaan pendidikan, kesihatan dan bahasa rasmi "supaya konsisten dengan perlindungan dan terma dalam laporan IGC itu".
Mereka juga menuntut mandat itu diberikan kepada kerajaan negeri dipimpin Tan Sri Adenan Satem untuk menyemak semula perundangan persekutuan, termasuk pindaan atau menarik balik undang-undang yang memberikan kesan kepada hasil bumi negeri.
Undang-undang itu termasuklah Akta Wilayah Laut 2012 yang mengehadkan perairan negeri kepada antara 3 batu nautika dari pantai, dan Akta Petroleum 1966 yang memberikan kesan kepada tuntutan hasil minyak.
Semakan itu juga termasuk keputusan kerajaan persekutuan atau polisi jika "tidak konsisten" dengan aspirasi rakyat negeri itu seperti termaktub dalam Suruhanjaya Cobbold dan laporan IGC."
Masing berkata, mandat itu juga perlu digunakan untuk memulakan semakan terhadap geran dan hasil lain negeri. Datuk Abdul Karim Hamzah, pembantu menteri perumahan, berkata, terdapat banyak rasa tidak puas hati rakyat Sarawak dalam jaminan yang tidak dipenuhi dalam Perjanjian Malaysia dan hak terhakis melalui pelbagai polisi kerajaan persekutuan.
Ahli Parlimen Bandar Kuching (DAP) Chong Chieng Jen menyalahkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak yang "tidur" kerana gagal menjalankan tugas kepada negeri dan membenarkan polisi kerajaan persekutuan menafikan hak negeri.
Sepatutnya penyemakkan diadakan berberapa dahulu. Tidak terlambat untuk menyedari kesilapan yang telah dilakukan untuk menjadi ikhtibar dimasa hadapan.
ReplyDeleteGreat job Yb..
ReplyDeleteKuatkan parti pembangkang tempatan, nasib dan masa depan Sarawakians dalam tangan rakyat sendiri
ReplyDelete