30 November 2015

Tiga Remaja Alami Kecederaan Serius Diserang Sekumpulan Lelaki

KUCHING: Sekumpulan lelaki menyerang tiga remaja lelaki yang lain sehingga mengakibatkan kecederaan serius di sebuah pusat hiburan Travillion disini pada jam lebih kurang 4 pagi semalam.

Difahamkan ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Baru Samarahan yang bersama dengan dua lagi remaja perempuan berada di lokasi kejadian sebelum diserang oleh sekumpulan lelaki menggunakan senjata tajam.

Panik dengan kejadian yang berlaku tersebut, kedua-dua remaja perempuan yang panik bergegas melarikan diri menujuke Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Padungan untuk mendapatkan bantuan namun kesemua lelaki yang menyerang mangsa telah berjaya melarikan diri.

Punca mereka diserang masih dalam siasatan polis.

Sumber -Sarawakiana

26 November 2015

Penjara, sebat angkara rogol, rompak

KUCHING: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 38 tahun dan 21 sebatan semalam selepas didapati bersalah merogol, melakukan seks oral dan merompak seorang pembantu pengasuh kanak-kanak awal bulan ini.

Rakannya yang juga seorang lelaki pula dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan kerana merogol dan merompak perempuan yang sama.

Hakim Mahkamah Seksyen Dayang Ellyna Narisa Abang Ahmad semalam menjatuhkan hukuman terhadap Mohamad Zulzarezan Noor, 21, dan Mohd Shah Rizal Morshidi, 22, selepas mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan ke atas mereka.

Zulzarezan dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun kerana merogol mangsa yang berusia 19 tahun, lapan tahun kerana bersalah memaksa mangsa melakukan seks oral, dan 10 tahun kerana merompak barangan milik mangsa.

Manakala, Shah Rizal yang berhadapan dua tuduhan juga dihukum penjara maksimum 20 tahun kerana merogol, dan 10 tahun lagi kerana merompak.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Taman Monah, Petra Jaya di sini pada 6 November antara 1 pagi dan 6.30 pagi. Mereka memecah masuk ke dalam premis tersebut. Mangsa bersendirian di premis itu ketika insiden berlaku.

Sumber- The Borneo Post

25 November 2015

Watson si Dayak Terbang 17 tahun 'patah hati'

Dia pernah digelar sebagai The Flying Dayak dan aksinya sering dinanti-nanti peminat sukan olahraga.

Pada era kegemilangannya Watson Nyambek menjadi tempat negara bergantung harap untuk berasa bangga di pentas sukan peringkat antarabangsa.

Dia banyak melakar kejayaan dan kehebatannya diakui. Antara legasi Watson adalah mencatat rekod pecut baru negara pada 1998 dengan mata 10.30 saat.

Itu cerita Watson ketika menjadi pelari pecut negara. Selepas bersara, namanya bagai dilupakan hampir semua orang sehinggalah kelmarin apabila Badrul Hisyam Manap memadamkan rekod berkenaan.

Sekali lagi nama Watsot dikenang.

Bahagiakah Watson sekarang?

Dihubungi Malaysiakini, Watson mengakui dia dilanda kecewa dan memendam rasa.

Negeri, persekutuan sama

Dia sama sama sekali tidak sedih kerana Badrul Hisyam, 18, mencipta rekod baru - dengan beza 0.01 saat - sebaliknya anak kelahiran Sawarak itu berasa seperti tidak dihargai dan tersisih.

Kata Watson, dia bukan berniat untuk meminta-minta atau menagih perhatian tetapi berasa dengan apa yang dilakukan untuk negara, wajar ada pengiktirafan diberikan sebagai menghargai jerih payahnya selama ini.

"Selepas bersara pada 2001, langsung tiada sebarang penghormatan diberikan, sama ada daripada peringkat negeri atau kebangsaan.

"Macam ada sesetengah atlet dan negeri lain yang diberi penghargaan seperti hadiah sebidang tanah oleh kerajaan negeri atau keistimewaan tertentu," katanya.

Keluhan Watson itu sebenarnya tidak terlalu mengejutkan. Baru-baru ini Malaysiakini turut menyiarkan laporan memetik bekas jaguh lompat jauh negara, Zaki Sadri, mengenai situasi semasa dunia olahraga negara.

Dalam laporan bersiri itu Zaki berkata, senario sukan olahraga yang diwarisi sejak merdeka masih gagal diangkat sewajarnya untuk berkembang mengikut masa. Ia juga, katanya, gagal mendapat suntikan motivasi lebih tinggi.

Menurut Watson, kekecewaan itu bukan dirasainya seorang diri malah atlet lain yang pernah menyumbang tenaga untuk negara.

Malangnya, kata Watson, 39, ada antara atlet berjasa itu sudah meninggal dunia dan tetap tidak diberi penghormatan sewajarnya.

"Saya bernasib baik kerana mempunyai pekerjaaan tetap selepas bersara.

"Saya kini terbabit dalam bidang kejurulatihan dan bekerja untuk Majlis Sukan Sarawak dengan membimbing bakat baru di negeri ini," katanya.

Jelas Watson, dia juga mencurahkan pengalamannya untuk membantu atlet muda di bawah The Flying Dayak Club.

Tambah Watson, pada zaman serba moden kini, kemudahan kepada atlet sepatunya diberika lebih banyak dan menyeluruh.

"Kalau di semenanjung lagi mudah, berbanding saya di Sarawak. Misalnya, kita sukar untuk mendapatkan produk makanan tambahan yang bermutu dan harganya terlalu tinggi.

"Itu sangat membebankan atlet-atlet di sini dan usaha pembangunan sukan olahraga di Malaysia sewajarnya diberi lebih perhatian oleh kerajaan," jelasnya.

Sumber- Malaysiakini

Rani Kulup #Kipidap Buat Laporan Di IPD Kuching, Siasat Nurul Izzah

KUCHING: Presiden MJMM, Datuk Paduka Ayahanda Abdul Rani Kulup #Kipidap mahu pihak Polis menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap perjumpaan Nurul Izzah dan Jacel Kiram semasa membuat laporan Polis di IPD Kuching petang semalam.

Rani menyatakan Nurul Izzah telah mengadakan perjumpaan dengan Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III yang dipercayai sebagai dalang tragedi pencerobohan serta pembunuhan di Lahad Datu.

‎‎‎‎"Tindakan Nurul seolah-olah mengiktiraf serta merestui peristiwa pembunuhan 7 anggota Polis yang dilakukan oleh kesultanan Sulu," tegas beliau.

"Ini menunjukkan beliau (Nurul) sememangnya sengaja menjalinkan kerjasama dengan pemberontak Sulu, secara tidak lansung mengiktiraf mereka," tambah Rani.

Rani yang juga merupakan wakil Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) turut mendesak agar Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengambil tindakan tegas ke atas YB Nurul Izzah dan apa-apa unsur berkaitan kerjasama dengan pengganas Sulu.Sebagai pemegang rekod 'laporan Polis terbanyak', Rani telah membuat satu sidang media khas pada malam tadi di Lorong Cahaya DAMAI 9B, Bandar Baru Samariang.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu apa tujuan perjumpaan Nurul dan Jacel Kiram".

Rani Kulup #Kipidap Buat Laporan Di IPD Kuching, Siasat Nurul Izzah

KUCHING: Presiden MJMM, Datuk Paduka Ayahanda Abdul Rani Kulup #Kipidap mahu pihak Polis menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap perjumpaan Nurul Izzah dan Jacel Kiram semasa membuat laporan Polis di IPD Kuching petang semalam.

Rani menyatakan Nurul Izzah telah mengadakan perjumpaan dengan Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III yang dipercayai sebagai dalang tragedi pencerobohan serta pembunuhan di Lahad Datu.

‎‎‎‎"Tindakan Nurul seolah-olah mengiktiraf serta merestui peristiwa pembunuhan 7 anggota Polis yang dilakukan oleh kesultanan Sulu," tegas beliau.

"Ini menunjukkan beliau (Nurul) sememangnya sengaja menjalinkan kerjasama dengan pemberontak Sulu, secara tidak lansung mengiktiraf mereka," tambah Rani.

Rani yang juga merupakan wakil Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) turut mendesak agar Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengambil tindakan tegas ke atas YB Nurul Izzah dan apa-apa unsur berkaitan kerjasama dengan pengganas Sulu.Sebagai pemegang rekod 'laporan Polis terbanyak', Rani telah membuat satu sidang media khas pada malam tadi di Lorong Cahaya DAMAI 9B, Bandar Baru Samariang.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu tahu apa tujuan perjumpaan Nurul dan Jacel Kiram".

24 November 2015

Adenan Umum Tol Jambatan Tun Sallahudin Bebas Tol

BAU : Ketua Menteri Sarawak , Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mengumumkan pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin akan berkuatkuasa menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata pemansuhan tol tersebut sekaligus menjadikan Sarawak bebas tol seperti yang dijanjikan selepas pemansuhan tol bagi Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan Asean di Baram Miri.

"Menjelang akhir tahun ini, tiada lagi tol di Jambatan Tun Salahuddin," kata beliau semasa menghadiri Majlis Penyampaian Warta Rizab Komunal Bumiputera Seksyen 6, Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 dan Cek Pampasan Tanah, hari ini.

Pengumuman tersebut disambut gembira oleh penduduk yang hadir pada majlis berkenaan bertempat di Dewan Suarah Bau.Tambahan, notis yang disiarkan di pintu tol baru-baru ini juga jelas menandakan bahawa kadar tol Jambatan Tun Salahuddin akan dihapuskan.

Untuk rekod, tol Lanang Sibu telah dimansuhkan pada Mei lepas diikuti tol Jambatan Asean Baram yang dimansuhkan pada Jun 2015.

Sumber: Sarawakiana

Badrul Hisyam pecah rekod 17 tahun Watson Nyambek

Sudah lama sukan olahraga negara menantikan rekod 100 meter kebangsaan yang dicatatkan oleh Watson Nyambek 17 tahun lalu mampu dipecahkan. Rekod Watson iaitu 10.30 saat itu dicatat oleh lagenda pelari pecut negara sebelum Kejohanan Sukan Komanwel 1998.

Satu jangka masa yang lama walaupun terdapat beberapa pelari pecut silih berganti namun catatan tersebut masih kekal.

Catatan itu akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang pelari muda berasal dari Melaka iaitu Badrul Hisyam Manap. Beliau mencatat 10.29 saat ketika memenangi pingat emas dalam kejohanan Sekolah ASEAN di Bandar Sri Begaran, Brunei pada Isnin lalu.

Beliau meninggalkan jauh pesaingnya iaitu Asnawi Hashim ditempat kedua dengan catatan 10.71 saat. Kemenangan ini bermakna beliau berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi pada tahun lepas di Marikina City, Filipina.

Potensi beliau telah terbukti malahan pada bulan lepas beliau berjaya mencatat 20.88 saat dalam acara 200 meter diKejohanan Terbuka Unimap, Arau. Catatan itu melepasi rekod 200 meter yang dicatatkan oleh Tan Sri Dr M.Jegathesan pada tahun 1968.

Namun rekod itu tidak dapat dicatatkan kerana kekuatan angin melebihi 2.0 m/s.Ini pastinya merupakan petanda yang baik untuk sukan olahraga negara yang ketandusan pelari pecut selepas era Nazmizam, Watson dan Azmi Ibrahim.

Mungkin selepas ini Badrul mampu bersaing di peringkat Sukan SEA dan seterusnya melonjak ke Sukan Asia. Ini tidak mustahil kerana beliau masih muda dan mempunyai masa untuk mempertingkatkan diri. Diharap beliau mampu meningkatkan lagi imej sukan olahraga di persada dunia.

Sumber- NST

#kipidap has landed in Kuching

KUCHING: Eccentric figure Abdul Rani Kulup, the president of Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), was spotted by passengers on an inbound AirAsia flight from Kuala Lumpur to Kuching today (Nov 23).

He landed at Kuching International Airport (KIA) at 6.05pm dressed in his MJMM uniform, sporting his red beret and a dragon-headed staff.

Abdul Rani, who was travelling in a group, told a curious passenger, 34-year-old teacher Irwin Cartland, that he was in Sarawak to meet up with friends.

It is not known whether the army veteran has official business here.

Abdul Rani first made headlines when he threatened to punch anybody who was critical of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He is known for lodging numerous police reports against activists and opposition leaders.

In May, he was reported saying that he had lodged up to 1,000 complaints since 2011 and declared he was proud of it.

The burly man, who is never seen in public without his trademark sunglasses, also participated in the “red shirt rally” on Sept 16.

MJMM is known for its anti-liberal stance and had, in the past, urged the authorities to punish activists and opposition leaders critical of the ruling Barisan Nasional (BN) government.

- The Borneo Post

23 November 2015

UEC: Ridhuan Tee bidas Adenan Satem

PETALING JAYA: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah membidas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem kerana menuduh Kerajan Pusat bodoh apabila tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Pensyarah dan penganalisis politik itu berkata, Adenan tidak sepatutnya bercakap ‘hanya sedap mulut’ kerana beliau hanya ahli politik bukan pakar pendidikan.

“Jangan sedap mulut bercakap tindakan kerajaan Pusat bodoh. Yang bercakap itu, pandai sangatkah? Ketika berada dalam Kabinet suatu ketika dahulu, kenapa menikus?

“Tidak semua ahli politik pakar. Sekadar ada ijazah asas, masih belum pakar. Maka rujuklah pakar. Bukan buat kelakar,” tulis di ruangan rencana di akhbar Sinar Harian.

Ridhuan Tee berkata, kerajaan Pusat tidak iktiraf UEC kerana tidak memenuhi keperluan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Standard komponen Bahasa Malaysia UEC tidak setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), liputan kurikulum Sejarah UEC bagi sejarah negara ini juga terhad.

“Pendek kata, syaratnya amat mudah. Mereka hanya mahukan kecinaan itu dikekalkan,” katanya.

Katanya, Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi telah menjelaskan Perlembagaan hanya membenarkan hak untuk belajar bahasa ibunda bukan hak belajar dalam bahasa ibunda.

“Jika UEC sangat baik, sila ambil SPM bersekali, dapat dua sijil. Bersusahlah sedikit. Kenapa kerajaan juga dipersalahkan,” katanya.

Ridhuan Tee berkata, dia memuji dan menyanjung tinggi Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang tidak menuntut sekolah berasaskan etnik.

“Jika tidak, ribuan sekolah berasaskan etnik akan wujud. Inilah kelebihan Bumiputera di sana,” katanya.

Sehubungan itu, Redhuan Tee menasihatkan orang politik berhenti bercakap perkara bodoh dan menuduh kerajaan bodoh yang membawa maksud menteri dan timbalan menteri juga bodoh.

“Adakah kita hanya pandai setelah keluar dari sistem. Sedih apabila melihat ahli politik tidak berfikir dahulu sebelum bercakap atau bertindak sehingga terserlah kebobrokan,” katanya.

22 November 2015

Bahasa inggeris bahasa komunikasi kedua Sarawak

KUCHING: Kerajaan negeri tetap akan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi kedua di negeri ini terutama dalam urusan rasmi kerajaan meskipun menerima kritikan daripada pelbagai pihak.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata Sarawak perlu mengadaptasi penggunaan bahasa Inggeris untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Ada segelintir pencinta bahasa yang tidakbersetuju dengan langkah ini dengan mengatakan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa penjajah.“Ya, memang orang Inggeris pernah menjajah kita tetapi bahasa ini merupakan bahasa antarabangsa yang harus kita kuasai.

“Ramai graduan kita gagal mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat besar kerana tidak fasih berbahasa Inggeris dan kebanyakan daripada mereka adalah daripada kalangan Melayu.

“Sebab itu, kita mesti menggunakan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Tambah Adenan lagi, Sarawak boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dalam urusan rasmi kerajaan dan ia tidak melanggar perlembagaan.“Hanya Sabah ketika itu yang telah menandatangani perlembagaan sebagai persetujuan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam urusan kerajaan.

“Tetapi kita tidak menandatanganinya dan secara teknikalnya kita boleh menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi kedua,” ujarnya.Susulan langkah itu, kerajaan negeri akan memperkenalkan pelbagai program bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat terutama di kawasan luar bandar.

“Kita sedar terdapat kekangan untuk rakyat di luar bandar menguasai bahasa Inggeris dan sebab itu kita akan memperkenalkan banyak program pengukuhan bahasa Inggeris.

“Tetapi sebelum program-program ini dilaksanakan kita perlu mengiktiraf bahasa Inggeris itu terlebih dahulu,” ujarnya.

Forum itu merupakan edisi yang keempat selepas penganjuran di Mukah, Miri dan di salah sebuah hotel terkemuka di sini sebelum yang terakhir bagi tahun ini di BCCK semalam.

Forum ini merupakan anjuran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dan Unit Pembangunan Tenaga Kerja, Jabatan Ketua Menteri.

Sempena forum itu semalam, Adenan turut menasihati belia Sarawak supaya berpegang kepada falsafah ‘What Ever YouDo, Do It Well’ dalam apa jua perkara yang mereka lakukan.“Sesiapa sahaja kita sama ada Ketua Menteri atau orang di jalanan pastikan anda melakukan sesuatu secara terbaik dan saya berharap belia di negeri ini akan dapat melakukan ini sebagaimana saya percaya akan falsafah ini,” pesannya di hadapan kira-kira 5,000 belia.

Turut hadir pada forum itu, Pengerusi TEGAS merangkap Menteri Muda Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh, Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol serta yang lain.

Forum semalam turut menampilkan tiga lagi ikon belia sebagai penceramah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Positive Impressions Mohamad Ariff Irwani Azahari,Jurugambar Zung dan pendaki Gunung Everest pertama Malaysia Datuk Magendran M. Munisamy.

21 November 2015

Empat pelajar sekolah menengah di Sematan ditahan berhubung kes buli yang viral di laman sosial

LUNDU: Empat pelajar sebuah sekolah menengah di Sematan ditahan petang semalam untuk membantu siasatan berhubung kes buli selepas satu video yang memaparkan insiden tersebut tersebar di laman sosial.

Video berdurasi dua minit 52 saat itu yang dirakam menggunakan telefon bimbit menunjukkan aksi dua pelajar perempuan menampar seorang lagi pelajar perempuan sebelum menghentakkan kepalanya ke dinding.

Selain itu, seorang lagi pelajar perempuan dan pelajar lelaki juga dilihat mengejek mangsa yang selepas itu terjatuh ke lantai selepas rambutnya ditarik.

Difahamkan, video tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook dan mendapat komen daripada netizen yang mencela perbuatan pelajar-pelajar berkenaan dan mahu pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

Ketua Polis Daerah Lundu DSP Wong Chee Keong yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian dan seramai empat pelajar dari sekolah berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Laporan telah diterima dan kita sedang ambil tindakan untuk mengesahkan video tersebut.“Buat masa ini, seramai empat pelajar yang disyaki terlibat telah ditahan dan kes disiasat sebagai rusuhan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” kata Wong.

Menurut Wong lagi, kesemua pelajar yang ditahan serta mangsa didapati berusia 16 tahun iaitu pelajar tingkatan empat di sekolah berkenaan.

“Mangsa dan suspek masing-masing berusia 16 tahun,” katanya yang turut memberitahu pihaknya masih menyiasat punca serta bila kejadian tersebut berlaku.

Sumber: The Borneo Post

Lagi kisah buli tersebar, kali Ini di Sematan Sarawak

Sebuah rakaman video memaparkan seorang pelajar perempuan yang diterajang hingga tersungkur di luar kelas telah menjadi viral dan mendapat kecaman netizen semalam.

Dalam video tersebut, mangsa ditampar beberapa kali di bahagian pipi sambil disaksikan rakan-rakan dari kelas lain.

Rakaman yang tidak mempunyai tarikh kejadian itu tersebar semalam dan rata-rata netizen marah dan mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kepada pelaku yang membuli mangsa.

Video berkenaan menjadi viral setelah dimuatnaik di halaman facebook KPGTA Made In Sarawak dan Kamek Miak Sarawak.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan di Sarawak. Setakat ini punca kejadian buli masih lagi belum diketahui.

Lagi kisah buli tersebar, kali Ini di Sematan Sarawak

Sebuah rakaman video memaparkan seorang pelajar perempuan yang diterajang hingga tersungkur di luar kelas telah menjadi viral dan mendapat kecaman netizen semalam.

Dalam video tersebut, mangsa ditampar beberapa kali di bahagian pipi sambil disaksikan rakan-rakan dari kelas lain.

Rakaman yang tidak mempunyai tarikh kejadian itu tersebar semalam dan rata-rata netizen marah dan mahu pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan kepada pelaku yang membuli mangsa.

Video berkenaan menjadi viral setelah dimuatnaik di halaman facebook KPGTA Made In Sarawak dan Kamek Miak Sarawak.

Berdasarkan maklumat awal, kejadian dikatakan berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sematan di Sarawak. Setakat ini punca kejadian buli masih lagi belum diketahui.

18 November 2015

Sarawak bakal guna Inggeris sebagai bahasa rasmi kerajaan

KUCHING, Rabu – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan bahawa negerinya akan menjadi negeri pertama menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan rasmi kerajaan.

Beliau berkata, agensi-agensi kerajaan akan diberi pilihan juga untuk menggunakan Bahasa Malaysia di samping bahasa Inggeris dalam dokumen rasmi.

“Pendirian saya kuat terhadap bahasa Inggeris telah mengguris sebahagian daripada nasionalis yang menuduh saya sebagai anti-nasionalis dan anti-patriotik. Bagi saya ini hanya menjadi realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika pelancaran Hari Perkhidmatan Awam Sarawak 2015 di Pusat Konvensyen Borneo hari ini.

Selain itu mengulas mengenai laporan baru-baru ini yang menyatakan lebih daripada 1,000 doktor di negara ini meninggalkan kerjaya disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris, Adenan berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan membuktikan bahawa bahasa Inggeris tidak boleh diketepikan.

“Apa yang paling teruk apabila seramai 45,000 graduan mengganggur tidak boleh mendapat pekerjaan yang betul kerana ketidakmampuan mereka untuk bertutur dan menulis Bahasa Inggeris yang baik.

“Saya cuba menjadi praktikal di sini, jika kita tidak menangani masalah ini, kita akan menjadi seperti India satu hari nanti di mana pemegang ijazah sarjana terpaksa memandu teksi untuk menyara hidup,” katanya.

Kepala warga Sarawak dipancung dijumpai

PETALING JAYA: Pihak berkuasa Filipina memaklumkan telah menemui kepala warga Malaysia yang berasal dari Sarawak, Bernard Then yang dipenggal.

Ia disahkan Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin kepada akhbar The Star.

Katanya, kepala mangsa telah ditemui oleh tukang sapu dalam sebuah beg di sebatang jalan di Barangay Wall City di Jolo pada jam 8.30 malam waktu tempatan.

Ia diletakkan dalam sebuah guni dengan tulisan“Bernard Then Ted Fen”.

Mangsa yang sebelum ini diculik di sebuah restoran di Semporna, Sabah dipancung selepas tuntutan wang tebusan tidak dipenuhi.

Komander Pasukan Petugas Bersama Sulu, Brigadier Jeneral Alan Arrojado berkata kumpulan Abu Sayyaf berpangkalan di Indanan yang diketuai pemimpin Alden Bagade dan Indang Susukan bertanggungjawab memenggal kepala Bernard.

Menurut Arrojado, rundingan gagal dicapai menyebabkan kumpulan itu memenggal kepala mangsa di Taran, Indanan pada pukul 4 petang Selasa.

Warga Sarawak dipercayai telah dipancung oleh kumpulan Abu Sayyaf

Kota Kinabalu: Seorang pegawai kanan tentera Filipina mendakwa tebusan Malaysia yang berasal dari Sarawak, Bernard Then dipancung oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Komander Kumpulan Petugas Bersama Sulu Brigadier Genera Alan Arrojada berkata jurutera 39 tahun itu dipancung sekitar jam 4 petang di kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo, Filipina.

Arrojado memetik sumber perisikan tentera berkata Then telah dipancung dan dikebumikan dengan segera.

Memetik laporan dari The Star Online, Abu Sayyaf juga akan menyebarkan video kejadian tidak lama lagi.Sebelum ini, pengurus restoran Ocean King Seafood, yang turut diculik bersama Then dibebaskan setelah kumpulan tersebut dibayar wang pampasan.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Negara, Khalid Ibrahim berkata di Twitternya pihak PDRM masih belum dapat mengesahkan nasib Then."Pihak berkuasa Pilipina dilapurkan bertempur dgn pencolek di P Jolo, ptg tadi.

16 November 2015

Setelah Dikecam Hebat: Ini Jawapan Mark Zuckerberg Tentang Profil Bendera Perancis

Selepas Paris dibom, facebook telah mengaktikan dan memperkenalkan 'display picture'atau profile picture dengan bendera Perancis.

Ramai diseluruh dunia yang memakai profil tersebut setelah kejadian bom di Paris itu berlaku.

Namun ramai juga yang mengecam tindakan pilih bulu pihak facebook dan Mark Zuckerberg kerana hanya mengaktifkan gambar itu ketika kejadian di Paris dan tidak kepada kejadian bom di banyak negara lain seperti Lebanon, Syria, Palestine dan banyak lagi.

Akhirnya setelah dikecam teruk, ini jawapan Mark Zuckerberg:

Many people have rightfully asked why we turned on Safety Check for Paris but not for bombings in Beirut and other places.

Until yesterday, our policy was only to activate Safety Check for natural disasters. We just changed this and now plan to activate Safety Check for more human disasters going forward as well.

Thank you to everyone who has reached out with questions and concerns about this. You are right that there are many other important conflicts in the world.

We care about all people equally, and we will work hard to help people suffering in as many of these situations as we can.

Itulah kata-kata dari Mark. Dia berkata ini kali pertama pihak Facebook mengaktifkan bendera terhadap serangan dan konflik kemanusiaan. Dan akan diteruskan ke negara lain pula.Harap lepas ni bolehlah guna gambar bendera Palestine atau negara lain yang asyik diserang.

Petinju muay thai mati ketika pertandingan

KOTA SAMARAHAN: Seorang petinju muay thai rebah lalu meninggal dunia ketika pertandingan berlangsung di Kampung Meranek di sini, malam kelmarin (Sabtu).

Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohd Ezwan Hafeez Jaafar, berusia 20 tahun.Dia yang dihantar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang berada di lokasi kejohanan anjuran Kelab Muay Thai Kampung Meranek ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak di sini, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern ketika dihubungi semalam mengesahkan kejadian tersebut.

Kes itu diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat.Siasatan masih diteruskan.

14 November 2015

Laman FB Alvin Tan akhirnya dibuang

Facebook akhirnya telah membuang laman Alvin Tan, sehari selepas dia memuat naik beberapa gambar yang menghina Islam.

Alvin Tan yang kini berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara itu di laman Facebooknya.“laman Facebook saya (yang telah diverified) telah disekat buat selamanya.”, katanya dengan menyalahkan mereka-mereka yang melaporkannya kepada Facebook.

Blogger kontroversi berusia 26 tahun itu mencetus kemarahan ramai dengan memuat naik gambarnya yang sedang membuang air besar sambil memegang Al-Quran dan menggunakan halaman Quran sebagai tisu tandas.

5 November 2015

Gaduh: Lelaki ditampar jatuh parit kini koma

KUCHING: Berpunca daripada perselisihan faham menyebabkan seorang lelaki ditampar rakannya sehingga terjatuh ke dalam parit dan mengalami kecederaan di kepalanya kelmarin.

Kejadian yang berlaku di sebuah perkampungan di Sarikei itu bagaimanapun tidak berkesudahan di situ apabila mangsa yang berusia 38 tahun terpaksa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana masih koma.Menurut sumber, ibu mangsa memberitahu semasa kejadian mangsa bersama beberapa rakannya dipercayai minum minuman keras sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dan mangsa ditampar.

“Akibatnya, mangsa tercampak ke dalam parit dan kepalanya terhantuk pada simen sehingga menyebabkan dia terus tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibantu oleh rakan-rakannya dan dikejarkan ke hospital berdekatan namun terpaksa dirujuk ke HUS kerana masih belum sedarkan diri,” kata sumber.

Mangsa yang ditemani ibunya itu tiba di HUS sekitar pagi semalam untuk mendapatkan rawatan lanjut.Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa masih belum sedarkan diri dan menerima rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Sumber: The Borneo Post

4 November 2015

Ibu lapor polis syak anak dirogol kenalan Wechat

KUCHING: Seorang ibu yang mengesyaki anak perempuannya menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang baharu dikenalinya melalui aplikasi Wechat tampil membuat laporan polis semalam.

Menurut sumber, mangsa berusia 14 tahun dan berasal dari kawasan Semariang itu dikatakan baharu mengenali seorang lelaki sejak seminggu lalu sebelum mengajaknya berjumpa pada Isnin lepas.

Dikatakan, suspek telah menjemput mangsa di rumah malam hari tersebut dan membawanya ke sebuah rumah kosong di Stakan, Kota Sentosa.

“Mangsa baharu berkenalan dengan suspek melalui Wechat sejak seminggu lalu dan mereka kali pertama berjumpa ialah pada malam Isnin, di mana mangsa kemudian dibawa ke Stakan dan dipercayai dirogol di situ.

“Suspek kemudian hanya menghantar mangsa pulang pada pagi tadi (semalam) menyebabkan ibu mangsa yang menyedari perkara tersebut terus membawa mangsa membuat laporan polis,” kata sumber.

Difahamkan, mangsa turut dibawa oleh pihak polis melawat tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Sumber: The Borneo Post

"Lagenda Bujang Senang"

Jika disebut Buaya Bujang Senang sudah semestinya seseorang itu akan menggambarkan seekor buaya yang bersaiz besar dan juga terkenal dengan serangannya keatas manusia lebih-lebih lagi di sepanjang Sungai Batang Lupar, Sri Aman, Sarawak. Namun begitu berapa ramaikah yang mengetahui bahawa ada cerita mitos mengenai apa itu buaya keramat bernama bujang senang mengikut cerita-ceriti masyarakat setempat yang mendiami sekitar persisiran Sungai Batang Lupar. Mungkin cerita legenda buaya bujang senang ini adalah cerita sebenar yang kemudian ditokok tambah bagi mengindahkan penceritaan hanya Yang Maha Esa sahaja mengetahui halnya.

Diriwayatkan melalui cerita lisan orang tua-tua di dalam masyarakat Iban yang mendiami kawasan sekitar Sungai Skrang Sarawak, beratus-ratus tahun dahulu ketika adat ngayau atau adat memburu kepala masih lagi diamalkan di dalam masyarakat pribumi telah gah seorang pahlawan Iban yang bernama Lungu. Pahlawan Lungu ini diceritakan sebagai seorang pahlawan yang hebat terutama sekali sewaktu beliau menyertai ekspedisi mengayau kerana menyebut namanya sahaja musuh sudah gerun, Dikatakan bahawa Lungu telah banyak membunuh dan juga memotong kepala musuhnya dan kehebatannya bukan sahaja di kawasan sekitar Sungai Skrang namun sehingga ke Batang Lupar. Diceritakan juga bahawa Lungu ini kebal iaitu tidak lut senjata dan kerana itulah beliau di dalam setiap peperangan dengan mudah membunuh musuhnya dan tiada tercalitpun kesan kecederaan pada dirinya. Perkara akan hal kebalnya pahlawan Lungu ini telah menyebabkan musuh-musuhnya bertekad untuk mencari kelemahannya agar mudah mereka membunuh pahlawan Lungu ini kelak.

Pada satu ketika, maka bertekadlah musuh-musuh Lungu untuk menculik isteri kesayangan Lungu dan diharap dengan menculik isterinya maka dapatlah mereka mengetahui kelemahan pahlawan Lungu. Isteri kesayangan Lungu telah diculik dan disembunyikan di suatu kawasan tidak jauh daripada Sungai Batang Lupar. Apabila mengetahui bahawa isterinya telah diculik maka marahlah Lungu dan beliau dengan seorang diri telah mengejar penculik-penculik isterinya sehingga ke Sungai Batang Lupar. Seketika di dalam penculikan itu, isteri Lungu telah diseksa oleh musuh-musuh Lungu demi mendapatkan rahsia kekebalan Lungu. Dek kerana tidak tertahan kepada keseksaan tersebut, isteri Lungu telah secara tidak sengaja membuka rahsia bagaimana untuk menewaskan Lungu. Setelah mengetahui rahsia kelemahan Lungu, musuh-musuh Lungu dikatakan telah melepaskan isteri Lungu namun apabila isteri Lungu terlerai dari ikatan tali pada tangannya, dimasa beliau berlari maka pihak musuh Lungu telah membaling tombak ke arah badan isteri Lungu maka matilah isterinya yang tidak berdosa itu.

Lungu yang melihat pembunuhan isterinya itu telah naik berang lalu bertarung dengan musuh-musuhnya. Namun sayangnya tanpa Lungu sedari bahawa rahsia kekebalannya telah bocor di tangan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Lungu dengan sengaja mengajak Lungu untuk bertarung dekat dengan air sungai kerana dikatakan kekebalan Lungu tidak menjadi sekiranya dia memijak air sungai ataupun bertarung di dalam sungai. Lungu yang sudah marah dan hanya ingin menuntut bela atas kematian isterinya yang dicintai sudah tidak mengindahkan pantangnya lagi dan terus bertarung. Akhirnya musuh-musuh Lungu berjaya membaling tombak dan kemudiannya Lungu tewas, Tidak cukup dengan kematian Lungu yang luka parah akibat ditombak, jasad Lungu juga disula terbalik dan mayat Lungu dan isterinya dibiarkan di tepi Sungai Batang Lupar agar ianya tenggelam dan dibawa oleh arus sungai yang deras apabila air pasang kelak.

Diriwayatkan bahawa mayat kedua-dua pasangan suami isteri iaitu Lungu dan isterinya setelah air pasang telah bertukar menjadi 2 ekor buaya besar. Salah seekor buaya besar ini mempunyai tanda belang putih dibelakangnya dan inilah yang dikenali sebagai Bujang Senang. Mengikut cerita orangtua, buaya Bujang Senang ini telah bersumpah akan menuntut bela atas kematian mereka dengan akan menjadikan setiap generasi yang berkaitan dengan musuh-musuh yang telah membunuh mereka sebagai korban. Sehingga sekarang masyarakat setempat di sekitar Sungai Batang Lupar masih lagi mempercayai bahawa buaya Bujang Senang itu tidak mati kerana dia adalah buaya keramat penghuni Sungai Batang Lupar.

Inilah sekelumit cerita legenda buaya Bujang Senang yang amat terkenal di Sarawak. Ramai manusia yang telah menjadi mangsanya dan kita masih lagi tidak mengetahui samada benar atau tidak bahawa Bujang Senang telahpun terkorban seperti yang diwar-warkan pada tahun 1992. Sama-samalah kita berdoa agar semua mangsa-mangsa korban buaya Bujang Senang yang lepas-lepas tenang disisi Tuhan Yang Maha Esa. Amin.

1 November 2015

Tiada lagi kategori 'lain-lain' untuk etnik Sabah

KOTA KINABALU: Kabinet bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal Minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mengklasifikasikan semula Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam ruang bangsa pada borang rasmi kerajaan. 

Cadangan itu dibuat jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

Jawatankuasa Teknikal itu bermatlamat menyelesaikan perasaan tidak gembira dalam kalangan masyarakat Bumiputera dalam kedua-dua negeri itu yang merasa terpinggir apabila dilabelkan sebagai "lain-lain" dalam borang rasmi kerajaan.

"Anak Negeri Sabah juga mahu diklasifikasikan secara berasingan daripada lain-lain Bumiputera kerana bangsa mereka didefinasikan secara berasingan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri.  Untuk kumpulan etnik Sabah, tiada lagi kategori 'lain-lain'," kata Ongkili dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata kabinet dalam mesyuarat pada Jumaat telah bersetuju supaya Bumiputera Sabah dan Sarawak diklasifikasikan seperti berikut:

a.    Sabah

i.  Anak Negeri Sabah : …………… (untuk diisi oleh pemohon)

ii.   Bumiputera Sabah  : ……………… (untuk diisi oleh pemohon), dan

iii.  Bukan Bumiputera

b.    Sarawak

i.    Dayak: ……………(untuk diisi oleh pemohon) dan

ii.   Lain-lain: …………………(untuk diisi oleh pemohon)

Bagaimanapun, kabinet meminta kerajaan negeri Sabah untuk menyenaraikan siapa yang dikategorikan sebagai "Anak Negeri" dan "Bumiputera Sabah".  Senarai itu perlu diwartakan sebelum pengklasifikasian semula ini dikuatkuasakan dalam borang rasmi kerajaan.

"Kabinet memerlukan kerajaan negeri untuk menyenaraikan bangsa yang dikategorikan sebagai anak negeri Sabah dan Bumiputera Sabah dan mewartakannya sebelum perkara ini dikuatkuasakan. 
"Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak lain yang mungkin mendakwa mereka anak negeri atau Bumiputera Sabah. Kabinet akan menunggu untuk perkara itu diwartakan sebelum borang baharu digunakan," katanya.

Ongkili juga berkata sebelum cadangan dibuat oleh jawatankuasa teknikal, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada persatuan kebudayaan anak negeri di Sabah, terutamanya Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).

Wakil kerajaan negeri Sabah daripada Jabatan Peguam Besar Negeri dan Jabatan Ketua Menteri Sabah juga terlibat dalam perundingan itu yang dikendalikan oleh jawatankuasa teknikal dan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. 

Sementara itu, untuk Sarawak kabinet bersetuju supaya perkataan "Dayak" akan digunakan bagi menunjukkan bangsa Bumiputera yang bukan Melayu dalam borang rasmi sebagaimana yang dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Sumber: Astro Awani