【Hong Leong Bank - 09150082924】
Tommy Lau Lung Hieng O12-8548482
(Abang mangsa culik)

Sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dalam satu kebakaran di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Lorong Bandar Baru Kota Samarahan, kira-kira 30 kilometer dari sini, tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Nor Hisham Mohammad berkata ketiga-tiga mayat itu ditemukan di dalam bilik tidur rumah kedai itu yang terbakar 80 peratus.
Katanya bomba menerima panggilan pada 12.23 tengah hari daripada orang awam dan tujuh anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan bergegas ke lokasi kejadian."Ketiga-tiga mangsa ditemui terbakar 90 peratus. Mangsa pertama seorang kakitangan Jabatan Imigresen Sarawak dikenali sebagai Saruji Arip, 42, ditemui di atas katil."Mayat isterinya Saidatul Farhanah Mohd Yusof, 29, pula ditemui di depan pintu, dipercayai mangsa cuba untuk membuka pintu bilik tersebut," katanya kepada Bernama.
Selain dua mangsa itu, turut maut ialah seorang kanak-kanak Mohamad Norhaqimi Mohd Ziqri Zairi yang mayatnya ditemui di bawah katil dipercayai terjatuh, katanya."Identiti kanak-kanak itu masih cuba dikenal pasti bagi menentukan hubungan dengan pasangan suami isteri itu," katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada semua mangsa meninggal dunia akibat kebakaran atau disebabkan perkara lain.
"Hanya bilik tidur di rumah berkenaan terbakar. Siasatan dilakukan kerana api kebakaran tidak begitu besar namun mangsadidapati gagal keluar. Sewaktu pihak bomba tiba, kebakaran sudah padam dan hanya tinggal bara api pada tilam dan beberapa tempat lain," katanya.- BERNAMA
Kebanyakan tempat yang dilanda banjir kilat sekitar bandaraya ini pagi ini sudah pulih, manakala jumlah mangsa di pusat pemindahan banjir di daerah Serian terus berkurangan petang ini kepada 260 orang daripada 82 keluarga.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata semua mangsa itu kini berada di Pusat Pemindahan di Dewan Masyarakat Gedong, selepas sebuah Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan Tanah Puteh ditutup pada pukul 3.30 petang ini.
Beliau berkata jumlah penurunan itu agak ketara berbanding tengah hari tadi yang menyaksikan 629 orang daripada 193 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan banjir itu.
Sementara itu, katanya, tiada pusat pemindahan baru dibuka hari ini selepas beberapa tempat di sekitar bandaraya mengalami banjir kilat.- BERNAMA
SIBU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Ops Cantas Khas sejak Isnin lalu sebagai langkah terbaik untuk menangani kegundahan masyarakat bandar ini selepas insiden kes tembak mati secara terbuka seorang ahli perniagaan pada 9 Januari lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar berkata, sasaran utama operasi ialah membendung dan melumpuhkan aktiviti haram samseng di bandar ini.
Katanya, operasi tersebut diketuai oleh Timbalannya ACP Abdul Razak dengan kekuatan seramai 20 pegawai dan 92 anggota IPK Sarawak, pasukan JSJ Sibu dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
“Fokus operasi tertumpu di pusat hiburan, premis judi, tempat dikawal dan sering dikunjungi samseng tempatan di bandar ini,” jelas Dev.
Katanya, seramai 399 orang diperiksa termasuk di pusat hiburan, premis permainan mesin ikan, tapak sabung ayam dan gimnasium dengan 49 ditangkap atas pelbagai kesalahan dalam tiga hari pertama operasi.
Beliau berkata, 12 daripada mereka yang ditangkap merupakan lelaki tempatan manakala selebihnya pendatang asing telah menyalahi Akta Imigresen.
Menurutnya lagi, JSJ Sarawak akan mengambil tindakan pencegahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) terhadap samseng tempatan yang didapati terlibat dalam jenayah kekerasan.
Mengenai kes tembak pada jam 11.09 malam Sabtu lalu, katanya, polis meminta orang awam tampil memberi maklumat kerana siasatan masih belum menemui petunjuk yang boleh membawa kepada penyelesaian siasatan.
Seramai lima lelaki telah ditangkap dan tiga daripada mereka telah dibebaskan setelah disoal, manakala dua lagi berumur 42 dan 45 tahun telah direman selama tujuh hari sehingga 17 Januari.
Pada Sabtu lalu, Ting Mung Min, 30, ditembak mati di hadapan sebuah restoran di Jalan Long Bridge dan setakat ini polis belum mengenal pasti suspek termasuk maklumat kenderaan diguna penembak.
Ketika kejadian, Ting bersama lima rakannya hendak beredar dari restoran apabila dia tiba-tiba ditembak dari jarak dekat oleh suspek.
Seorang wanita warga China juga cedera di pergelangan tangan dan bahu kiri akibat terkena tembak.
“Kami sedang berusaha menjalankan siasatan kes daripada pelbagai sudut untuk mengenal pasti suspek,” kata Dev.
Tambahnya, Ops Cantas juga dilancar sebagai satu langkah berjaga-jaga kerana khuatir akan berlakunya serangan balas daripada mana-mana pihak.
Sehubungan itu, Dev memberitahu mangsa tidak memiliki perniagaan pusat hiburan dan menyifatkan kes tersebut sebagai berprofil tinggi kerana pembunuhan seumpamanya jarang berlaku di negeri dan menimbulkan keresahan masyarakat.
“Kes tersebut adalah terpencil dan masyarakat tidak perlu bimbang dengan keadaan keselamatan di bandar ini, katanya...
Sumber: The Borneo Post
KUCHING : Polis mengesahkan Raziman Razali 16 tahun yang dilaporkan hilang petang semalam dekat Kampung Santubong mati dibaham buaya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad sewaktu dijumpai, mayat mangsa dalam keadaan tidak sempurna dan putus beberapa anggota badan.
Mayat mangsa ditemui di kedudukan 2 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
ACP Roslan mendedahkan perkara ini kepada media di rumah mayat sebentar tadi.
Kes ini disifatkan memberi petunjuk kepada kehilangan jururawat yang dilaporkan hilang pada 12 disember tahun lepas di pantai pasir panjang, Kuching./DICKIN
Sementara itu, laporan Jabatan Pertahanan Awam, mangsa dijumpai pada pukul 5.45 petang, pada jarak 2km dari lokasi kejadian dan operasi dihenti pada pukul 6.00 petang.
Mangsa dikatakan sedang mandi di pantai bersama sepupunyadan didapati hilang pada 5.45 petang sesmalam berdekatan belakang Dewan Santubong. Sepupunya dalam keadaan selamat.
Seorang pegawai dan 6 anggota JPAM diketuai Sjn Mohd Hairuddin shah antara anggota dari pelbagai agensi seperti Polis, Bomba, Jabatan Perikanan Laut, RELA dan orang kampung yang terlibat dalam operasi mencari.
Sumber: RTM Sarawak
REKOD 100 meter kembali milik Watson Nyambek.Itu pengesahan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) selepas Brunei setakat ini gagal menyediakan dokumen sah mengenai aspek teknikal ketika Badrul Hisham Abd Manap mencipta 10.29 saat, November lalu.
Selepas beberapa siri perbincangan dan mesyuarat, akhirnya presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim bersuara mengenai siapa pemilik rekod 100 meter kebangsaan.Rekod Badrul tidak dapat diiktiraf kerana Brunei gagal menyediakan bukti sah.Jadi buat masa ini, Watson masih lagi kekal sebagai pemegang rekod 100 meter kebangsaan dengan catatan 10.30 saat dilakukan pada 1998.
"Kami belum memperbetulkan rekod itunamun kami menerima catatan itu (Badrul). Selagi ia belum diperbetulkan (iktiraf), Watson adalah pemegang rekod kebangsaan," kata Karim.
Isu rekod 100 meter kebangsaan wujud apabila alat pengukur angin tidak berada di kedudukan tepat.Malah, Brunei juga gagal menyediakan bukti 'photofinish' seperti yang termaktub dalam peraturan persekutuan olahraga antarabangsa (IAAF).
SIBU - Polis Sibu menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan kes tembak mati seorang lelaki di sebuah restoran di Jalan Long Bridge di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi berkata, mereka ditahan sekitar jam 2.30 pagi di bandar ini namun tidak menyatakan lokasi sebenar penahanan itu dibuat.
"Tiada senjata yang dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Menurut beliau, pihaknya masih menyiasat motif serangan yang menyebabkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan kecederaan ke atas teman wanitanya yang merupakan warganegara China.
Namun beliau tidak menolak kejadian adalah berpunca daripada persaingan perniagaan dan perebutan kawasan berkaitan kongsi gelap.
Dalam kejadian pada 11.09 malam itu, mangsa bersama teman wanita dan seorang pengawal peribadi baharu selesai makan di restoran tersebut.Mereka dikatakan baru hendak beredar dari situ apabila sebuah Toyota Hilux berwarna putih berhenti dengan tiba-tiba tidak jauh dari mereka dan pemandunya mengeluarkan senapang patah dan melepaskan tembakan.
Selepas tembakan pertama, pengawal peribadi itu terus mengeluarkan pistolnya dan membalas dengan lima das tembakan ke arah Hilux itu.Penyerang tersebut melepaskan dua das tembakan lagi ke arah mangsa sebelum memecut meninggalkan tempat itu menggunakan Jalan Lanang dan melepaskan tembakan di sebuah simpang tiga bagi melepasi lampu isyarat merah.
Mangsa berusia 30an itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini pada 12.31 pagi ini berikutan kesan tembakan didada kiri, bahu kiri dan di belakang.
Teman wanitanya cedera di bahu dan pergelangan tangan kiri serta dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.Pengawal peribadi itu sempat melihat tiga lelaki di dalam kenderaan tersebut dan percaya tembakannya mengenai salah seorang daripada mereka.
Kes diklasifikasikan sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Mohd Kamal menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144 atau datang sendiri ke mana-mana balai polis berdekatan. - Bernama